Di zaman dahulu sebelum datangnya Nabi
Muhammad SAW bulan ini bukanlah dinamakan bulan
Al-Muharram, tetapi dinamakan bulan Shafar Al-Awwal, sedangkan
bulan Shafar dinamakan Shafar Ats-Tsani. Setelah
datangnya Islam kemudian Bulan ini dinamakan Al-Muharram.
Bulan Muharam merupakan bulan berkah dan rahmat kerana dari bulan
inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan
yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang terjadi sebagai petunjuk kekuasaan
dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.
Pada bulan ini juga, Allah mengaruniakan mujizat kepada Nabi-Nabi-nya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar yaitu ampunan dan keridhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya melakukan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Said bin Jubair dari Ibnu Abbas r.a berkata:
Ketika Nabi SAW baru berhijrah ke Madinah, maka mereka bertemu kaum
Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya
kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab,
"Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel dari kejahatan
Firaun dan kaumnya, maka kami berpuasa sebagai mengagungkan hari ini. Maka
sabda Nabi saw:
"Kami lebih layak mengikuti jejak langkah
Musa dari kamu."
Maka Nabi SAW pun menyuruh para sahabat agar berpuasa. Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang
melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya
sepanjang tahun ini. Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkan,
"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu
tahun." Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura)
merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana barang siapa yang berpuasa
pada hari inilah, Allah membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka
yang lampau.
Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang
teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada
bulan ini disamping pahala yang besar
kepada siapa siapa saja umat muslim yang beribadah pada bulan ini sebagaimana
terdapat dalam satu hadist.
"Barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam),
maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan
juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan
sepuluh ribu orang mati syahid. Dan barang siapa yang mengusap kepala
anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak
rambut satu derajat. Barang siapa yang memberi buka puasa pada
semua umat Muhammad SAW dan mengenyangkan perut mereka."
Sahabat pun bertanya, "Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan
hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari." Jawab Rasulullah,
"benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan
menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura
dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam
dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan
syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada
hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api
pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari
Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan dosa
Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura
dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura." Maka pada
hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur
kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah
setelah beratus-ratus tahun lamanya memohon ampunan. Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang
telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari
itu mereka diselamatkan dari kejahatan
dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka.
Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah
sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa
dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana
syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Banyak peristiwa bersejarah yang terjadi pada 10
Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi
dengan sepuluh kehormatan.
1. Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan
taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam
inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu
penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2. Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di
bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan derajat Nabi Nya.
3. Pada 10 Muharam, berlabuhnya perahu Nabi Nuh
a.s kerana banjir yang
melanda seluruh dunia di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang
saja yang selamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40
keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40
keluarga ini saja yang selamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka
adalah orang-orang yang ingkar pada Nabi Nuh a.s.
4. Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan
diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana
baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud.
Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan
kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim.
Maka selamatlah Nabi Ibrahim dari kekejaman Namrud.
5. Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun
Nabi Daud sendiri sudah mempunyai 99 orang isteri, masih ingin memiliki
isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah buat si suami merasa kecil hati,
maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia
untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu
sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah.
Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan pada
10 Muharam.
6. Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi
Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa
dengan Yudas. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa dari
kekejaman kaum Bani Israil.
7. Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan
mukjizat yaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua
ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh
tentera Nabi Musa dan menyatu kembali apabila dilalui oleh Firaun dan
tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang
dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan
kepada Nabi Musa a.s
8. Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana
kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun
di masa itu.
9. Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah
telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus
dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah
mengurniakan penghormatan kepada beliau dengan mengampun dan mengeluarkannya
dari perut ikan Nun.
10. Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi
Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada beliau. Dengan
itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada
Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya:
"Dulu Saya telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib
puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada barang siapa yang suka berpuasa,
maka dibolehkan berpuasa dan barang siapa yang tidak ingin berpuasa boleh meninggalkannya."
Begitulah sabda Rasulullah, Kalau tidak
memberatkan umat baginda, maka diwajibkan. Oleh kerana takut memberatkan
umatnya, maka hukumnya adalah sunnah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar