Pernah dengar kisah mukjizat Nabi
Musa yang membelah laut dengan tongkatnya? Kisah tersebut bukanlah kisah
dongeng semata-mata tetapi ianya adalah kisah benar. Sampai sekarang
kita masih boleh melihat bukti-bukti tersebut.
Seorang ahli arkeologi bernama Ron
Wyatt pada tahun 1988 mengakui bahawa dia telah menemui beberapa bangkai
roda kereta tempur kuno di dasar laut merah. Menurutnya, mungkin ini
adalah bangkai kereta tempur Pharaoh yang tenggelam di dasar laut semasa
digunakan untuk mengejar Musa bersama para pengikutnya.
Menurut pengakuannya, selain menemui
beberapa bangkai roda kereta tempur berkuda, Wyatt bersama para krunya
juga turut menemui beberapa tulang manusia dan tulang kuda ditempat yang
sama.
Penemuan itu menguatkan lagi bahawa
sisa tulang belulang itu adalah merupakan sebahagian dari kerangka para
bala tentara Pharaoh yang tenggelam di laut Merah.
Hasil kajian yang dilakukan di
Stockhlom University terhadap beberapa sisa tulang belulang yang ditemui
itu memang benar bahawa struktur dan kandungan beberapa tulang tersebut
telah berusia sekitar 3500 tahun, dimana menurut sejarah, peristiwa
tersebut berlaku pada kurun yang sama.
Selain itu, turut ditemui poros roda
dari salah satu kereta kuda yang kini keseluruhannya telah ditutupi
dengan batu karang, bentuk asalnya sukar untuk dilihat secara jelas.
Mungkin Allah sengaja melindungi bukti-bukti ini untuk menunjukkan
kepada kita semua bahawa mukjizat yang diturunkan kepada utusanNya
merupakan suatu yang nyata dan bukan dongeng. Di antara beberapa bangkai
kereta, turut ditemui sebuah roda dengan 4 buah jeriji yang diperbuat
daripada emas. Sepertinya, inilah sisa dari roda kereta kuda yang
ditunggang oleh Pharaoh Raja Firaun.
Berdasarkan peta, menurut para ahli
pengkaji sejarah di situlah sekitar lokasi dimana Nabi Musa bersama para
kaumnya menyeberangi laut Merah. Lokasi penyeberangan itu berada di
Teluk Aqaba di Nuweiba. Kedalaman maksimum sekitar lokasi penyeberangan
adalah 800 meter di sisi ke arah Mesir dan 900 meter di sisi ke arah
Arab. Sementara itu di sisi utara dan selatan lintasan penyeberangan
kedalamannya mencapai 1500 meter. Kecerunan laut dari Nuweiba ke arah
Teluk Aqaba sekitar 1/14 atau 4 darjah, sementara itu dari Teluk Nuweiba
ke arah daratan Arab sekitar 1/10 atau 6 darjah.
Kira-kira jarak antara Nuweiba ke
Arab adalah sekitar 1800 meter. Lebar lintasan Laut Merah yang terbelah
kira-kira 900 meter. Menurut sumber lain jaraknya kira-kira mencapai 7
km, dengan jumlah pengikut Nabi Musa sekitar 600.000 orang dan waktu
yang ditempuh untuk menyeberang sekitar 4 jam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar