Halaman

Minggu, 25 September 2011

Duhai Muslimah....

Duhai muslimah,
Jika kau inginkan bibir yang menawan,Ucapkanlah kata-kata penuh hikmah diiring kesantunan,Kelu bicaramu dari umpatan dan benih permusuhan,Sunyi lidahmu dari perkara yang melalaikan dan merosakkan,Basah lidahmu dalam mengalun kalimah Allah.

Duhai muslimah,

Jika kau inginkan sepasang mata yang indah,Basahilah ia dengan titisan mengharap redha Tuhanmu,Peliharalah pandanganmu,Dari liar melihat insan yang tidak halal buatmu,Bukakanlah ia demi ilmu dan keredhaannya,



Duhai muslimah,
Jika kau inginkan jasad yang baik,Berkongsilah makanan dengan orang yang lapar dahaga,Gerakkanlah ia untuk menyembah bersujud pada Allah.,Bertanggungjawab demi mengharap redha Yang Maha Kuasa,Berjalanlah dirimu dengan ilmu penuh didada tanpa rasa bangga,Dan Tutupi ia dengan pakaian yang bertepatan dengan agama,

Jika kau inginkan tangan yangdiberkati,
Syukurilah setiap nikmat yang diberi,
Hulurkanlah pertolongen penuh keikhlasan,
Agar diri berbekal amalan,
Untuk menuju hidup yang berkekalan,

Duhai muslimah solehah,
Sesungguhnya,Kecantikan wanita itu ,Bukan pada pakaian yang dikenakan,Bukan juga pada lenggok tubuh yang sengaja dipamerkan,Bukan juga pada solekan yang mengharap perhatian,Tetapi ianya terletak pada kejernihan wajah dan hatinya,Pada kebijaksanaan dan kecerdasan fikirannya,Kecantikan wanita itu bukan pada rupa parasnya,Tetapi pada cahaya dan keikhlasan yang tergambar darinya,

Kehalusan dan ketulusan yang terpancar dari jiwanya,Taqwa dan iman yang menjadi pakaiannya,Syahadah yang menjadi perhiasannya,Kelembutan dan pendirian yang menjadi perisainya,Membentenginya,Dari godaan nafsu dunia,Kerana dia wanita tulus,Yang mengharap cinta dan kasih dari Tuhannya,Dan hanya insan ‘khair’ yang bijaksana,Celik minda juga hatinya,Mampu menilai dan mentafsirkan,Permata dicelahan kaca yang berkilauan..

Seorang muslimah,Merendah diri dalam ketaatan,Tenggelam bersama pengabdian kepada Allah,Membentengi diri dengan ketaqwaan,Menghiasi peribadi dengan kesantunan,Bertutur penuh hikmah dan kebijaksanaan,Memperkemaskan diri dengan pengetahuan,

Seorang muslimah,Menjalani hidup penuh kesyukuran,Mengecapi yang diperoleh penuh kesederhanaan,Menghadapi kehidupan penuh redha dan kesabaran,Menghulurkan bantuan pada insan yang memerlukan.

Seorang muslimah,Terpancar dari wajahnya cahaya keimanan dan ketulusan,Terbias keunggulan peribadi dari kebijaksanaan dan ketelitian,Penuh hatinya dengan cinta kepada Allah,Rindu jiwanya tuk bertemu kekasih junjungan.

Seorang muslimah,Bersiap sedia untuk berkorban,Demi agama yang dicintai,Bersiap sedia untuk berkorban,Buat insan yang dikasihi.

Seorang muslimah,Jiwanya halus penuh kelembutan,Amalannya diiring istiqamah dan keikhlasan,Kerana dia mendamba cinta dari Allah.,Mengharap redha dari Rabb sekalian Alam,Merindui pertemuan dihari kebangkitan,Dengan kekasih bersifat Rahman,Dialah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang…

“Sesungguhnya Akal wanita itu ibarat helaian2 yang halus..Tebalkanlah ia dengan ilmu agama dan pengetahuan agar tidak tersasar disepanjang perjalanan..Telah Allah tentukan bahawa kudrat wanita itu lemah.. Maka kuatkanlah ia dengan maruah dan kehormatan diri.. Agar tidak terjerumus kelembah maksiat dan kehinaan..Sesungguhnya pada Allah sahajalah sebaik-baik tempat pergantungan.. Diriku insan dhaif dan serba kekurangan.. Apa yang ana tulis dan sampaikan adalah untuk memperbaiki diri ana jua dan sahabat muslimah yang amat2 ku sayangi kerana Allah..Wallahu'alam”

courtesy : facebook page "Sebelum Engkau Halal Baguku"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar